Testimoni


  "Masalah Jerawat Berjaya Dikawal!"  
  Siti Noor Fazilah binti Din | 32 tahun
Jerawat Pasir
 
 

"Jerawat mula timbul selepas saya mula bekerja dan menghadapi tekanan. Jerawat saya ni bernanah, kecil tetapi memenuhi muka, terutamanya pipi, dagu dan hidung. Saya pernah membuat rawatan muka tetapi apabila berhenti, jerawat akan tumbuh balik. Iri hati saya melihat muka orang lain yang licin dan halus. Tetapi dengan bantuan New York, saya mencapai 70% perubahan positif dalam lima bulan! Biarpun saya berhenti mengunjungi New York selama 3-4 bulan atas urusan kerja, jerawat pasir saya masih terkawal! Pakar saya menasihati supaya saya minum banyak air dan sentiasa memantau keadaan kulit saya melalui analisis. Sebab itu saya yakin dengan New York kerana masalah dirawat dari lapisan dalaman kulit, bukannya luaran saja. Sekarang orang ingat saya lebih muda daripada adik ipar!"

 
     
 

 

  "Tiada Kelemahan Kulit Perlu Diselindung Lagi!"  
  Suria Suriani bt. Kamal | 26 tahun
Jerawat & Parut Jerawat
 
 

"Oleh sebab tekanan pelajaran, jerawat mula timbul semasa saya masih di universiti. Keadaan kulit sakit kerana bernanah dan bengkak. Saya pernah cuba produk lain tetapi ini memburukkan masalah kerana tidak serasi dengan kulit. Apabila saya mula mengajar, saya selalu diejek oleh pelajar kononnya bermuka jerawat dan tidak tahu menjaga muka. Saya malu sampai sengaja pakai tudung dan menariknya ke depan muka untuk menutup jerawat. Jerawat turut menyebabkan kulit saya nampak kusam. Pakar mengatakan masalah saya diakibatkan oleh ketidakseimbangan hormon dan tekanan kerja. Selepas mencuba New York selama dua bulan, kulit bertambah baik. Dan selepas setahun, jerawat berkurangan dengan ketara! Sekarang pelajar pun puji saya cantik!"

 
     
 

 

  "Kulit Lebih Putih, Cantik & Bersih!"  
  Nordalila Mohammad Rasid| 33 tahun
Jeragat
 
 

"Saya jenis aktif bersukan jadi saya selalu terdedah kepada sinaran matahari. Jeragat menjadi semakin serius pada akhir umur 20-an. Pelbagai produk pernah saya guna. Sesetengahnya berkesan tetapi memburukkan masalah selepas saya berhenti guna. Kulit saya gatal sehingga merah dan mengelupas. Tompokan hitam membuatkan muka saya kelihatan comot. Saya merasakan diri seolah-olah seperti badut. Selepas analisis kulit pertama di New York, saya dapati kulit saya bernanah dan berjeragat pada lapisan dalaman kulit. Pakar menjalankan rawatan yang sesuai bagi mengatasi masalah kulit saya. Hasilnya, sel baru menggantikan kulit lama dan kulit lebih cantik, putih dan bertona sekata! Kulit saya kembali cantik tanpa perlu mengalami sebarang kesakitan atau mengambil masa atau wang yang banyak!"

 
     
 

 

  "Parut Jerawat... dan Parut di Hati Berjaya Dirawat Pakar!"  
  Norarfazilah Binti Noranas| 24 tahun
Parut Jerawat
 
 

"Masalah kulit bermula semasa saya belajar di kolej, mungkin kerana tekanan belajar. Jerawat mula tumbuh di pipi dan liang roma di Zon T tersumbat. Lagipun saya berdegil nak makan makanan laut dan belacan biarpun alah. Jerawat semakin lama semakin besar. Kadang kala saya tidak tertahan untuk memicit jerawat sehingga kulit meradang. Malahan abang ipar mengkritik saya hodoh. Bukannya saya tak pernah mencuba produk ramuan semulajadi, tapi semuanya sia-sia. Selepas menonton rancangan New York dalam TV dan mencubanya selama tiga bulan, jerawat hilang dan parut semakin pudar. Pakar saya memang prihatin dalam memilih produk yang sesuai dengan kulit saya. Kini muka saya lebih licin dan cerah."

 
     
 

 

  "Liang Roma Tidak Lagi Tersumbat, Kulit Tidak Lagi Berminyak!"  
  Nur Adlina binti Adbul Aziz | 24 tahun
Bintik Minyak
 
 

"Liang roma muka mula tersumbat akibat pengeluaran minyak berlebihan terutama pada Zon T. Saya cuba singkirkan masalah itu di pusat kecantikan lain, tetapi ianya menyakitkan dan mengakibatkan lebih banyak bintik minyak tumbuh. Selepas melihat kejayaan adik saya di New York dan testimoni lain dalam iklan, saya pun mencuba. Pakar mengimbas kulit saya dan mendapati sumbatan kulit saya agak serius. Menurutnya ia mungkin akibat penggunaan produk pasaran yang berminyak atau kesan sampingan butik kecantikan yang pernah saya kunjungi sebelum ini bagi merawat masalah ini. Dalam beberapa rawatan sahaja, kulit saya tidak lagi berbiji-biji malah semakin licin. Saya gemar melihat cermin kini berbanding dulu malah tidak lagi rasa malu bila dipandang orang!"

 
     
 

 

  "Ton Kulit Tidak Sekata Dirawat Dengan Efektif!"  
  Nur Aliaa bt. Mustaffa | 27 tahun
Ton Kulit Tidak Sekata
 
 

Sejak saya menuntut di bangku sekolah lagi, kulit sekitar mata dan dagu kelihatan lebih hitam daripada bahagian pipi. Mungkin saya aktif dan sentiasa terdedah kepada aktiviti di bawah matahari dan sering makan makanan berminyak dan berlemak. Pangkal hidung juga ketara dengan biji minyak yang membuatkan kulit menggerutu. Ini membuatkan saya kurang keyakinan dan menjadi malu bersosial. Selepas mengunjungi New York, pakar dengan prihatin menjalankan rawatan yang fokus dalam menyelesaikan masalah kulit saya. Dalam masa 4-5 bulan sahaja, ton kulit tidak sekata secara efektif telah hilang. Kulir lebih cerah dan berseri! Ramai orang sampingan merasakan saya dah berubah, personaliti saya lebih riang!

 
     
 

 

  "Saya Sangat Bersyukur Kerana Mendapatkan Bantuan Pakar"  
  Norzila bt. Abu Bakar| 30 tahun
Parut Jerawat & Bekas Hitam
 
 

Keadaan kulit bersih dan cerah sebelum saya kahwin. Jerawat timbul terutamanya pada bahagian pipi dan dagu. Rakan setugas mula komen tentang keadaan kulit. Jerawat yang ada turut meninggalkan parut begitu dalam pada kulit. Ada yang gelap menyebabkan ia sangat ketara. Saya berkeputusan untuk ke New York Skin Solutions kerana saya inginkan jalan penyelesaian yang cepat & efektif. Dalam 3 kali rawatan sahaja, jerawat hilang dan pertumbuhan jerawat berjaya dikawal. Parut lama juga berjaya dipudarkan dan tidak lagi ketara! Ramai terkejut dengan perubahan saya dan bertanya "Mana jerawat?" Saya sangat bersyukur kerana mendapat bantuan pakar kerana mereka menyelesaikan masalah saya 100%! Perkhidmatan NYSS memang sangat memuaskan hati!

 
     
 

 

  "Hasil Kulit Terbukti!"  
  Marissa Ezreen bt. Esa| 26 tahun
Jerawat
 
 

Masalah berlaku bila saya tersalah guna produk kosmetik. Tiba-tiba, kulit meradang. Jerawat timbul di bahagian kedua pipi dan dagu. Jerawat sangat merah, besar , bengkak, dan paling dahsyat ia bernanah. Saya takut bercermin kerana apa yang papar dari cermin ialah muka saya yang hodoh. Saya sangat sedih kerana sebelum ini kulit saya baik dan sempurna. Untuk mengatasi masalah kulit, saya cuba pelbagai produk pasaran. Tapi, tidak berkesan langsung. Sehingga saya menonton rancangan NYSS, senyuman yakin pelanggan-pelanggan berjaya NYSS yang disiarkan dari skrin TV memberikan saya keyakinan untuk cuba di NYSS. Selepas 3 bulan, masalah kulit saya berjaya diselesaikan. Jerawat-jerawat tidak lagi timbul, dan langsung tidak meninggalkan parut jerawat. Muka saya jadi bersih, licin dan cerah! Saya sangat puas hati dengan servis dan layanan pakar NYSS!

 
     
 

 

  "Rawatan Fokus Individu Rawat Masalah Kulit Dengan Berkesan"  
  Suhailah bt. Baharum| 32 tahun
Kulit Berminyak
 
 

Kulit berminyak bermula 3 bulan lalu dan mula mengundang masalah seperti akne. Saya ada mencuba butik kecantikan yang lain tetapi tiada hasil. Walaupun, keadaan kulit berminyak akan berhenti tetapi dalam jangka masa pendek, ia kembali semula. Kulit menjadi kasar. Hanya selepas menjalani rawatan NYSS, keadaan bertambah baik dan 70 - 80% kulit menampakkan perubahan ketara. Kulit juga lebih bersinar dan bersih serta segar. Dalam masa 1 bulan selepas rawatan, akne memang berjaya dikawal. Keadaan kulit tidak lagi berminyak seperti dahulu dan lebih stabil. Perkhidmatan di NYSS sangat bagus, di mana produk dan perkhidmatan disesuaikan kepada keperluan individu.

 
     
 

 

  "Penampilan Muda Memikat Perhatian!"  
  Azizah bt. Madon| 45 tahun
Kulit Menggeleber
 
 

Apabila umur semakin meningkat, masalah kulit menggeleber semakin ketara terutamanya di bahagian pipi dan mulut. Mula-mulanya, saya tidak endah dengan perubahan keadaan kulit kerana kulit sememangnya tidak bermasalah sejak muda lagi. Sehingga suami komen muka nampak macam "bull dog", saya baru mengambil perhatian. Saya membuat keputusan nak mencari jalan untuk memulihkan kulit saya. Selepas menerima rawatan yang professional, muka tak nampak geleber lagi, terutamanya garisan senyuman. Muka sudah kembali tegang! Kawan-kawan yang lama tak jumpa juga hairan kenapa saya nampak muda sekarang tanya tentang rahsia saya! Saya rasa sangat gembira kerana dulu mereka tidak berani tegur saya nampak tua, tapi kini banyak dapat pujian selepas menerima rawatan.

 
     
 

 

  "Kulit Semakin Berseri & Keyakinan Semakin Meningkat!"  
  Sarah Nur bt. Shamsuddin| 35 tahun
Jerawat Pasir
 
 

Masalah berlaku bila selepas mengandung. Bintik jerawat tumbuh di bahagian dahi dan juga tepi hidung. Jerawat adalah kecil tapi banyak. Sebagai seorang yang banyak bertemu dengan orang ramai demi kerja, saya sangat mengambil berat tentang penampilan diri. Apa-apa produk pernah saya cuba tapi tiada hasil yang dikehendaki. Saya buat kajian online dan nampak testimoni NYSS. Gambar transformasi pelanggan mereka begitu banyak berbeza jadi saya pun cuba. Kali pertama saya bertemu pakar, saya nampak kulit pakar begitu cantik dan berseri. Ini memberikan saya harapan. Selepas rawatan kali pertama menunjukkan perbezaan yang ketara, lagi saya rasa yakin dengan keputusan saya ke NYSS. Dalam masa 2-3 bulan, jerawat pasir berjaya dikawal. Ia semakin berkurangan dan tidak lagi tumbuh. Parut pun dah pudar.

 
     
 

 

  "Semua Ingin Tahu Apakah Rahsia Kulit Jelita Saya!"  
  Safrina bt. Mohamad Pahni| 37 tahun
Akne
 
 

Masalah mula berlaku sejak saya bertukar kerja. Mungkin diakibatkan oleh persekitaran baru dan juga tekanan, tiba-tiba saya berdepan dengan masalah akne yang sangat serius. Bila saya bekerja, ramai orang, terutamanya pelanggan saya akan komen. Bagi menyelesaikan masalah, saya banyak cuba produk tetapi tiada satu membantu. Saya berfikir, saya tak patut lagi mengalami masalah ini. Saya sudah berumur 30-an jadi akhirnya saya mengambil keputusan ke NYSS. Dalam masa beberapa bulan sahaja, kulit berhenti berjerawat. Kali pertama membuat pencucian, saya boleh nampak perubahan yang hebat. Kini kulit dah cantik, semua komen apa rahsia saya. Saya ingin nasihatkan bahawa rupa paras penting kerana dapat meningkatkan keyakinan kita. Jika bermasalah, jangan malu dan dapatkan bantuan!

 
     
 

 







All Copyright © Reserved by
New York Skin Sdn Bhd (678698-H)

   
Talian Penjagaan Kulit: Malaysia (+6)03-2284 5566 | Terms & Conditions | Privacy Policy
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------