Testimoni


  "Rawatan saya berkesan. Kulit kini cerah & berseri!"  
  Siti Fazlina | 38 tahun
Ton Kulit Tidak Sekata & Bekas Jerawat
 
 

"Keadaan kulit berjerawat dulu yang tidak dijaga dengan baik menyebabkan parut pada muka, Ia berbintik-bintik hitam juga, jadi muka kelihatan tidak bersemangat, kusam & gelap. Sebelum ini, bila saya menjalankan facial di tempat lain, saya terpaksa tahan sakit & muka saya akan menjadi merah & bengkak akibat teknik mereka. Di New York Skin Solutions pula, saya seolah-olah dimanjakan. Perkhidmatan pakar cukup professional & saya benar-benar mempercayai teknik mereka. Dalam sesi ke-3 sahaja, ton muka dah menjadi lebih sekata. Muka turut menjadi lebih licin & lembap. Kini saya yakin berdepan dengan orang ramai!"

 
  Pakar Kulit:  
 

"Kulit Siti adalah jenis yang kering. Warna kulit tidak sekata banyak tertumpu pada bahagian dahi & dagu. Liang kulit juga kelihatan tersumbat menyebabkan jerawat tumbuh malah ada parut jerawat pada kedua-dua belah pipi. Oleh kerana kulitnya kering, kami melembapkannya terlebih dahulu. Rawatan kolagen dijanalan untuk mengembalikan keanjalan kulitnya. Kemudian, kami mengaktifkan proses semulajadi kulitnya mengeluarkan sel kulit baru dan diikuti dengan pengaplikasian ampoules digabungkan dengan mesin ultrasound bagi memudarkan dan mengawal sel melanin berlebihan."

  "Saya kelihatan lebih muda kini? Semestinya!"  
  Roselina bt. Mohd Yusof | 48 tahun
Penuaan Kulit
 
 

"Sejak berada dalam lingkungan umur 30-an, muka saya mengalami perubahan yang mendadak. Penuaan kulit, kedut di pipi, kulit melendut, tona kulit tidak sekata, liang roma besar & merah berlaku menyebabkan saya kelihatan sangat tua. Bila saya bertukar dari satu pusat kecantikan sehinggalah ke New York Skin Solutions, baru saya tahu pakarnya sememangnya cukup bertauliah & berkemahiran. Sesi pertama sahaja membuatkan kulit saya lembap & segar. Dalam beberapa sesi kemudiannya, kedut kedut semakin pudar. Rakan sekerja yang 10 tahun lebih muda memuji kulit saya lebih muda & lebih baik daripada dirinya. Saya sangat bangga!"

 
  Pakar Kulit:  
 

"Bila umur seseorang meningkat, fiber elastin di bawah lapisan kulit akan menjadi renggang & menyebabkan kulit seseorang menjadi lembik. Garisan halus akan muncul di sekitar mata, mulut & dahi. Jika keadaan ini tidak dirawat, ia akan mengakibatkan pipi melendut & penuaan kulit. Bagi mengatasi masalah kedut, rawatan kolagen yang boleh membina fiber elastin dijalankan. Kemudiannya, rawatan toning kulit dijalankan untuk mengetatkan kulit yang telah lembik & melendut, Kami juga melembapkan kulit mukanya dan ini turut membantu mengatasi masalah bintik-bintik merah yang dihadapi."

 
  "Saya kini minat bergambar dengan orang!"  
  Siti Salwani Mustapa | 29 tahun
Jerawat & Parut Jerawat
 
 

"Ton kulit saya yang hitam manis membuatkan masalah jerawat & parut jerawat semakin ketara. Saya rasa kurang keyakinan & tidak ingin bersosial, sebab malu kalau orang pandang muka saya. Selepas mencuba sesi pertama di New York Skin Solutions, saya tahu inilah penyelesaian yang saya nantikan. Bukan sahaja jerawat saya dah pulih, malah muka saya tidak berlubang-lubang lagi! Dulu bila nak bergambar, saya rasa malu sebab saya perasan semua orang kelihatan lebih lawa, lebih cerah. Tapi, kini saya rasa sangat terserlah!"

 
  Pakar Kulit:  
 

"Rawatan permulaan dijalankan dengan rawatan pembersihan kulit muka. Kotaran yang menyumbat liang kulit dikeluarkan selain daripada mengawal minyak pada kulit mukanya. Rawatan seterusnya adalah untuk memudarkan parut jerawat & sekatakan tona kulit agar kulit kelihatan berseri. Salwani boleh mengharapkan hasil positif 100% kerana pembentukan sel kulit masi lagi berada pada tahap aktif ketika dalam umur 20-an. Bagi Siti, hasilnya cukup ketara & efektif kerana beliau juga disiplin dalam menjaga kulit muka di rumah. "

 
  "Pakar bagaikan doktor kulit peribadi saya!"  
  Amy Noraine bt Mohd. Tamren | 24 tahun
Jerawat
 
 

"Sebagai pemandu pelancong, imej menjadi aset penting sebab saya banyak bersemuka dengan para pelancong. Bila saya mencuba produk terkemuka pada kulit saya yang pada mulanya tiada masalah, ia mula keluar banyak jerawat. Saya mengunjungi NYSS buat kali pertama bila terbaca testimoni mereka yang berjaya. Ia memberikan saya keyakinan. . Dalam 4 sesi sahaja, perubahan 40% sudah ketara. Jerawat tidak lagi tumbuh, kemerahan serta bengkak pun semakin berkurangan. Rawatan yang disyorkan begitu serasi dengan muka. Pakar bagaikan doktor peribadi saya!"

 
  Pakar Kulit:  
 

"Untuk membantu Amy, kulitnya perlu dibersihkan terlebih dahulu. Kotoran yang tersumbat pada muka perlu dikeluarkan agar nutrien yang disapukan dapat diserap secara mendalam ke dalam kulit. Dengan nutrient khas ini, ia membantu mengembalikan kelembapan kulit dan mengelakkan pengeluaran jerawat. Antiseptik juga diaplikasikan untuk menghasilkan sel kulit baru. Dengan itu, jerawat akan menjadi kering tanpa meninggalkan sebarang parut. Kini kulit Noraini kelihatan cerah & begitu berseri sekali!"

 
  "Dalam 2 bulan sahaja, mereka terkejut dengan perubahan saya!"  
  Noraini Md. Isa | 32 tahun
Skin Tag
 
 

"Selepas melahirkan anak ke-2, masalah skin tag menjadi semakin teruk. Bintik-bintik hitam semakin ketara. Mungkin akibat peningkatan umur serta perubahan hormon menyebabkan keadaan kulit menjadi tidak terkawal. Tambahan pula, saya sering tertekan dengan kerja & tidak cukup tidur. Selepas beberapa sesi rawatan dalam 2 bulan sahaja, kawan pun dah perasan kulit semakin cerah & licin! Saya rasa bangga & bersyukur sekali. Dulu, saya bawa 1 beg mekap besar, kini saya hanya perlukan bedak sahaja sebab saya dah tahu jaga kulit & tidak lagi perlukan mekap seperti concealer untuk menutup kelemahan."

 
  Pakar Kulit:  
 

"Kulit Siti adalah jenis yang kering. Warna kulit tidak sekata banyak tertumpu pada bahagian dahi & dagu. Liang kulit juga kelihatan tersumbat menyebabkan jerawat tumbuh malah ada parut jerawat pada kedua-dua belah pipi. Oleh kerana kulitnya kering, kami melembapkannya terlebih dahulu. Rawatan kolagen dijanalan untuk mengembalikan keanjalan kulitnya. Kemudian, kami mengaktifkan proses semulajadi kulitnya mengeluarkan sel kulit baru dan diikuti dengan pengaplikasian ampoules digabungkan dengan mesin ultrasound bagi memudarkan dan mengawal sel melanin berlebihan."

 
  "Rawatan intensif mengembalikan kulit sihat saya!"  
  Maspupah bt Hapit | 37 tahun
Kulit Sensitif
 
 

"Kulit saya menjadi merah & mengelupas selepas saya menggunakan satu produk lain. Kulit saya menjadi hitam & sangat nipis, menyebabkan saya tidak berani menyentuh muka saya. Di New York Skin Solutions, saya banyak menerima nasihat daripada pakar saya tentang penjagaan muka. Selepas rawatan intensif, dalam 3 bulan sahaja, muka saya sudah menunjukkan perubahan positif! Kini, saya telah pulih daripada masalah kulit sensitive & boleh menerima panahan matahari tanpa rasa bimbang! Suami pun memerli kalau saya asyik memandang cermin lagi, nanti ia akan pecah!"

 
  Pakar Kulit:  
 

"Produk asing yang digunakan Maspupah menjadi punca kulit menjadi sensitive. Kulitnya menjadi kering, merah & mengelupas, malah minyak juga lebih banyak dirembeskan berbanding dahulu. Bagi mengawal minyak, kulitnya mesti dilembapkan terlebih dahulu. Mesin ultrasound & kolagen digunakan dan serum pemulihan digunakan untuk memulihkan sel di bawah lapisan kulit agar tidak kelihatan merah. Dengan penggunaan Double Layer Mask juga, ia dapat menstabilkan tahap pH kulit. Ini membantu kulit kembali normal dalam masa paling singkat."


 







All Copyright © Reserved by
New York Skin Sdn Bhd (678698-H)

   
Talian Penjagaan Kulit: Malaysia (+6)03-2284 5566 | Terms & Conditions | Privacy Policy
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------