Soal Jawab
Penjagaan Kulit

 
  1. Apakah jenis kulit anda?
    Jenis kulit boleh dikategorikan sebagai berminyak, normal dan kering. Ujian terbaik adalah memeriksa tekstur kulit anda 30 minit selepas anda mencuci muka. Jika kulit anda tidak setegang seperti baru dicuci dalam masa 30 minit, jenis kulit anda adalah normal. Jika masa yang diambil ialah 20 minit, kulit anda adalah berminyak. Jika masa yang diambil ialah 40 minit, kulit anda adalah kering. Ciri-ciri tiga jenis kulit ini: jika kulit adalah normal, teksturnya tidak kasar, tidak halus dan juga tidak sensitif. Kulit berminyak mempunyai liang roma yang besar dan merembeskan minyak yang banyak dengan kerap. Kulit kering mempunyai liang roma yang jelas, sensitif dengan rangsangan luar dan mudah berkedut.
     

  2. Bagaimanakah melindungi kulit daripada bahaya cahaya matahari?
    Jika anda ingin mengelakkan kulit anda daripada dijejaskan oleh sinaran matahari yang terik serta cuaca yang buruk, anda perlu mendapatkan satu set produk pelindung matahari yang bagus. Anda perlu menyapu produk pelindung matahari sebelum keluar, membawa payung serta memakai topi untuk melindungi kulit anda. Walau bagaimanapun, perkara yang terpenting ialah mendapatkan rawatan profesional untuk membantu mengelakkan kulit daripada terjejas akibat sinaran ultraungu yang juga boleh menyebabkan penuaan pramasa.
     

  3. Apakah kebaikan urut muka?
    Urut bukan sahaja dapat mengawal atur peredaran darah dan menambahkan penyerapan nutrien, malah urut juga dapat merelakskan kulit. Sesetengah orang mempunyai salah tanggapan bahawa urut boleh menyebabkan kedut secara beransur-ansur. Urut perlu dijalankan dengan cara yang betul. Urut perlu dilakukan secara lemah lembut kerana kulit dan otot muka yang mengawal wajah adalah sangat lembut. Selain itu, terdapat banyak titik tekanan pada dan di sekitar bahagian muka. Oleh itu, urut perlu dilakukan secara lemah lembut tetapi tenaga dan tekanan diperlukan pada otot dan saluran. Titik tekanan perlu ditekan dengan betul. Anda patut mendapatkan bantuan profesional semasa mengurut.
     

  4. Terdapat bintik-bintik gelap di sekitar mata saya. Adakah ini berkaitan dengan duduk di depan komputer selama 8 jam?
    Cacat cela yang gelap di sekitar mata ialah pigmentasi yang terbentuk akibat sinaran ultraungu atau radiasi. Radiasi dari komputer boleh menyebabkan habuk terkumpul pada kulit. Jika kulit anda tidak dibersihkan sepenuhnya, kulit akan menjadi gelap dan pigmentasi akan terbentuk. Penyelesaiannya ialah merawat mata dan menggunakan kaedah pemutihan yang mencantikkan kulit. Mula-mula, mask muka basah New York Skin Solutions akan disapu. Ini dilakukan untuk memberikan kulit lembapan. Kemudian, kaedah sejuk-panas akan dilakukan. Ini juga termasuk penggunaan mask mata bersuhu tinggi dan diikuti dengan yang bersuhu rendah. Peredaran darah dapat ditingkatkan dengan melakukan ini selama 5 kali. Selepas itu, gunakan produk Kecantikan Mata NYSS. Kumpulan produk ini boleh mengelakkan pembentukan pigmentasi. Ini dapat membantu mengurangkan pigmentasi dan meningkatkan kadar metabolisme supaya pigmentasi yang terbentuk pada kulit menjadi pudar dengan cepat. Pada masa yang sama penggunaan krim mata pada waktu siang boleh memberikan perlindungan yang maksimum.
     
  5. Kenapakah remaja lebih mudah tumbuh jerawat?
    Semasa fasa remaja, kelenjar ovari dan adrenal adalah paling aktif. Androgen dalam tubuh bertambah dan menyebabkan kelenjar minyak merembeskan minyak yang banyak. Apabila ini berlaku, rembesan adalah tidak licin dan kebanyakannya akan termendap di dalam liang roma. Liang roma akan menjadi keratin. Sel pada lapisan atasan akan mula mengelupas dan bercampur dengan minyak. Minyak akan tersumbat di dalam liang roma dan membentuk jerawat. Selain itu, ketakcernaan, sembelit, makanan berminyak, berlemak atau manis, ramuan dalam produk mekap yang merengsakan kulit akan menyebabkan jerawat bertambah teruk dan banyak. Pastikan anda menjaga kulit anda setiap hari. Rawatilah kulit anda sementara anda masih muda supaya masalah penuaan pramasa dan masalah-masalah kulit lain anda yang bermasalah (seperti pigmentasi) dapat dielakkan apabila umur anda semakin meningkat.
     
  6. Benarkah kulit yang selalu dirawat di salon sejak muda akan kehilangan keupayaan semula jadinya untuk pulih dan menjadi nipis serta lemah?
    Kulit tidak perlu terlalu dimanjakan atau "dilatih" tetapi memang perlu dijaga. Penjagaan boleh menipiskan atau melemahkan kulit ialah pendapat yang salah. Semakin awal bantuan profesional dicari, semakin cepatlah anda dapat mempelajari keadaan kulit anda dan membuat keputusan yang betul tentang penjagaan kulit anda.

    Kunjungan ke outlet penjagaan kulit sahaja tidak mencukupi untuk melindungi kulit anda. Kulit masih akan mengalami penuaan dan perlindungan optimum masih diperlukan. Anda perlu mendapatkan rawatan mingguan daripada pakar penjagaan kulit yang profesional. Kulit anda akan dirawat dengan teknologi yang terkini dan bantuan profesional. Prosedur-prosedur itu boleh membantu melawan penuaan pramasa dan meningkatkan kebarangkalian pemulihan. Pakar penjagaan kulit profesional bukan sahaja dapat memelihara kulit anda, mereka juga dapat membantu menegangkan dan menguatkan daya ketahanan semula jadi untuk melindungi kulit daripada bahaya alam sekitar dan faktor-faktor lain.
     
  7. Berapakah umur yang sesuai untuk mengunjungi pakar penjagaan kulit yang profesional?
    Tidak kira berapa umur anda, masalah kulit yang wujud perlu dirawat dengan sewajarnya. Pada umumnya, penuaan kulit boleh berlaku di sekitar umur 25 tahun. Inilah masanya untuk anda mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk melawan penuaan pramasa. Terdapat banyak program kecantikan yang ditawarkan oleh penjaga muka profesional. Walau bagaimanapun, bukan semua program itu boleh merawat penuaan. Ini kerana setiap fasa memerlukan prosedur yang berlainan untuk merawat masalah kulit pada umur yang berbeza. Kulit sebelum umur 25 tahun lebih banyak memerlukan pemeliharaan manakala umur 25 tahun dan ke atas lebih tertumpu kepada melawan penuaan. Rawatan pemutihan, jerawat dan kulit sensitif adalah terbuka kepada semua orang.

    Tidak kira umur anda 16 atau 26, program penjagaan kulit yang berbeza akan dipilih untuk keadaan kulit anda yang berbeza. Untuk wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas, kebanyakan daripada mereka lebih berminat untuk mengikuti rawatan dan memelihara kulit mereka.
     
  8. Adakah lelaki memerlukan penjagaan kulit?
    Penjagaan kulit memang memanfaatkan lelaki dari banyak aspek. Pada permukaannya, ini semata-mata untuk menyesuaikan keadaan kulit. Sebenarnya, prosedur-prosedur rawatan kecantikan muka ini membantu lelaki mengamalkan tabiat penjagaan kulit yang baik. Ini bukan sahaja dapat membantu menyihatkan kulit mereka, malah ini juga mempengaruhi kualiti kehidupan mereka. 

    Kulit lelaki dan wanita adalah lebih kurang sama. Kulit lelaki mempunyai taburan minyak yang lebih sahaja. Minyak adalah lebih banyak kerana paras keasidan kulit yang tinggi. Ini juga menunjukkan bahawa liang roma lelaki adalah lebih besar daripada wanita. Selain itu, pigmen di bahagian dasar kulit adalah lebih banyak. Ini menjadikan ton kulit mereka lebih gelap dan tekstur mereka lebih kasar. Minyak yang banyak menjadikan mereka lebih mudah tumbuh jerawat, mengalami akne serta keradangan kulit. Oleh itu, mereka perlu lebih teliti dalam menjaga kulit mereka. Wajah seseorang sangat penting. Oleh itu, seseorang perlu menjaga kebersihan diri untuk meninggalkan tanggapan yang baik. 
     
  9. Bagaimanakah mengelakkan parut jerawat?
    Bukan semua jerawat akan mengakibatkan parut. Apabila jerawat pudar, jerawat akan meninggalkan tanda pigmen sementara yang juga akan pudar dalam suatu tempoh. Dalam kes-kes yang serius, sebahagian daripada jerawat yang mengalami keradangan dan tertanam di dalam serta yang tidak mendapat rawatan segera boleh mengakibatkan parut. 

    Sebaik sahaja jerawat yang bermasalah tumbuh, dapatkan bantuan pakar penjagaan kulit yang profesional. Jangan cuba menyelesaikannya sendiri. Mereka akan merawatinya mengikut keadaan kulit dan masalah anda. Masalah kulit anda akan dapat diatasi tanpa sebarang parut. Jika parut sudah lama hadir, pakar penjagaan kulit yang profesional akan membantu anda memudarkannya. Oleh itu, bantuan segera adalah penting untuk menangani masalah parut. 
     
  10. Kulit saya semakin gatal dan merah. Kulit saya juga terasa seperti dicucuk apabila saya memakai mekap. Apakah yang perlu saya buat?
    Ramai wanita yang berkulit kering dan sensitif akan mengalami ketidakselesaan semasa mereka memakai mekap. Ini kerana kulit mereka memerlukan kuantiti lembapan dan nutrien yang banyak. Kulit juga perlu menebalkan bahagian dasarnya untuk menguatkan daya ketahanan terhadap bahaya alam sekitar serta bahan pencemar luaran. Selain kekeringan, ketidakselesaan, pertumbuhan bintik-bintik merah yang kecil merupakan kes-kes serius kulit sensitif. Apabila menjalani rawatan, ekstrak tumbuhan semula jadi adalah paling ideal dalam membantu menambahkan lembapan yang diperlukan dan nutrien untuk memperbaiki keanjalan kulit. 

    Untuk menangani masalah kulit sensitif, dapatkan rawatan pakar penjagaan kulit yang profesional. Anda akan mengikuti rawatan lapisan mendalam. Jangan mendapatkan rawatan secara melulu kerana ini mungkin menjadikan masalah anda lebih teruk. 
 








All Copyright © Reserved by
New York Skin Sdn Bhd (678698-H)

   
Talian Penjagaan Kulit: Malaysia (+6)03-2284 5566 | Terms & Conditions | Privacy Policy
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------